RockYou FXText

Ahad, 21 Disember 2008

Terendak


Terendak merupakan salah satu alat yang digunakan sebagai pelindung seperti topi di Sarawak. Setiap suku kaum di Sarawak mempunyai kemahiran seni tersendiri termasuklah seni membuat terendak dalam kalangan masyarakat Melanau. Terendak dihasilkan dalam pelbagai corak dan warna. Pada masa kini, terendak bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga sebagai hiasan dinding.

Manik


Gubahan manik merupakan satu seni kraftangan yang begitu popular di Sarawak. Menurut kajian, manik yang ada di Sarawak dibawa masuk dari Mesir, Greece, India dan China semenjak beratus-ratus tahun dahulu.
Manik tersebut banyak digunakan oleh kaum Kelabit dan Bidayuh di Sarawak. Kajian sejarah juga menunjukkan bahawa manik-manik tersebut dibuat sendiri oleh pribumi Sarawak daripada bahan-bahan mentah yang diimport dari negara-negara di Timur Tengah pada abad ke dua belas masehi yang terdiri daripada kaca lebur.

Pasu Sarawak



Barang-barang tembikar mempunyai kegunaan yang paling meluas di kalangan peribumi Sarawak. Antara barangan yang mendapat sambutan ialah pasu. Pasu Sarawak kini terkenal diseluruh negara. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik menjadikan hasil seni ini buah tangan yang istimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi Kenyalang.